Lundu perlukan hospital baharu

Spread the love

KUCHING, 29 Mei : Pembinaan sebuah hospital baharu merupakan projek pembangunan yang diperlukan di Lundu ketika ini berbanding perkara lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lundu, Billy Sujang berkata, ini kerana hospital sedia ada tidak dapat menampung pesakit yang ramai selain dibelenggu isu seperti peralatan yang digunakan juga sudah usang.

Katanya, projek berkenaan sesuai dilaksanakan menjelang 2030.

“Selepas hospital baharu siap dibina, kita boleh alihkan tumpuan kepada projek lain pula seperti Politeknik dan sebagainya,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Temaga Melayu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Billy berkata, tapak untuk pembinaan hospital berkenaan telah dikenal pasti.

“Namun ia memerlukan kajian lanjut terutamanya membabitkan kos keseluruhan pembinaan,”katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, perancangan pembinaan hospital itu akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) selepas selesai sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada minggu ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.