Kami tidak jaring gol, itu sahaja bezanya – Klopp

Spread the love

PARIS, 29 Mei : Liverpool berhak mendapat ‘lebih daripada kekalahan’ pada final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid awal pagi tadi selepas mendominasi hampir keseluruhan perlawanan.

Pengendalinya, Juergen Klopp berkata, kekalahan tadi tidak menyebabkan ‘The Reds’ serik malahan beliau sempat melaungkan amalan awal bahawa mereka akan kembali untuk mencabar lagi trofi kelab elit Eropah itu pada musim depan.

“Kami melancarkan lebih banyak serangan ke kubu lawan namun kemenangan berpihak kepada Real Madrid,” katanya pada sidang akhbar.

Kata – kata berikut mungkin boleh merumuskan permainan semalam yang dihadiri lebih 40 000 penyokong kedua- dua pasukan di Stade de France.

“Mereka menjaringkan gol dan kami tidak. Itu penjelasan paling mudah dalam dunia bola sepak,” kata pengurus berusia 54 tahun itu.

Klopp juga bertegas di sebalik statistik seimbang 50 -50 , pasukan lawan tidak mempunyai rembatan ke sasaran.

Courtois menyelamatkan beberapa percubaan menarik dilancarkan Liverpool selepas jaringan minit ke-59 oleh Real Madrid.

 Liverpool mempunyai 23 percubaan gol berbanding tiga oleh Real Madrid.

Minggu lepas, Liverpool terlepas peluang menjulang trofi Liga Perdana Inggeris selepas menamatkan kempen dengan satu mata di belakang sang juara, Manchester City. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.