Agong dan Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Wan Junaidi

Spread the love

KUALA LUMPUR, 28 Mei : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pemergian isterinya, Datin Seri Feona Sim @ Norjanah semalam.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman,” menurut catatan di Facebook Istana Negara hari ini.

Allahyarhamah Feona yang berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching, Sarawak pada pukul 6 petang semalam.

Allahyarhamah mendirikan rumah tangga dengan Wan Junaidi  yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), pada 9 Sept 1972 dan dikurniakan tiga anak perempuan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.