Kanak-kanak perempuan maut dilanggar bas sekolah di Sepang

Spread the love

PUTRAJAYA, 27 Mei : Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun empat bulan maut selepas dilanggar sebuah bas sekolah di hadapan rumahnya di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata mangsa dipercayai dilanggar ketika mengekori kakaknya yang keluar dari rumah untuk menaiki bas itu dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah semalam.

“Kakak mangsa tidak menyedari yang adiknya itu mengekorinya yang ingin menaiki bas… apabila bas bergerak mangsa didapati berada di bawah bas berkenaan.

Mangsa telah dibawa keluar dari bawah bas oleh kakaknya dan telah mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian di badan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas malam tadi.

Beliau berkata mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Salak di Sepang dan disahkan meninggal dunia.

“Mangsa telah di hantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya menambah kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.