Isteri Wan Junaidi meninggal dunia

Spread the love

KUCHING,  27 Mei : Isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datin Sri Feona Sim @ Norjanah meninggal dunia pada pukul 6 petang tadi.

Menerusi kenyataan media oleh pejabat menteri malam ini, Feona, 70, disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman ketika dirawat di Borneo Medical Centre, di sini.

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa pulang ke kediaman mereka di Jalan Tengah, Off Green Road, malam ini.

Solat jenazah dijadual pada pukul 9 pagi esok dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

Wan Junaidi dan Feona berkahwin pada 1972 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sharifah Fariah, Sharifah Nong-Jasima, dan Sharifah Nuril Barieyah.

Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka akan hadir untuk solat jenazah esok. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.