Tun Taib terima kunjungan hormat Pengarah JAN Sarawak

Spread the love

KUCHING, 26 Mei : Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Audit Negara (JAN) negeri yang baharu, Rokiah Sahat hari ini.

Rokiah berkata, ini merupakan kunjungan pertamanya bertemu Tun Taib setelah memulakan tugas pada 11 April lepas.

“Sebelum ini, saya pernah berkhidmat sebagai Ketua Audit di Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA),” katanya kepada pemberita.

Turut menyertai kunjungan hormat di Demak Jaya itu ialah Timbalan Pengarah JAN Sarawak, Thomas Paul Bilun dan Penolong Pengarah, Jeferi Darhman. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.