DUN Sarawak : Rundingan MA63 beri kejayaan, Sarawak mahu terus runding

Spread the love

KUCHING, 26 Mei : Rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan terus dibangkitkan secara aktif dengan Kerajaan Persekutuan untuk memulihkan hak Sarawak seperti yang ditetapkan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perjuangan ini juga bertujuan untuk memelihara kepentingan dan hak terutamanya bagi membangunkan Sarawak agar setanding dengan kawasan lain di seluruh negara.

Katanya, rundingan yang telah dilakukan setakat ini menunjukkan kemajuan ketara apabila beberapa ‘hak’ Sarawak telah dikembalikan.

“Kita mempunyai beberapa pencapaian terutamanya dalam pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang telah memulihkan status Sarawak dan Sabah seperti sebelum pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan pada 1976,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Katanya lagi walaupun Sarawak telah mencapai beberapa kejayaan dalam rundingan berkenaan, namun ia tidak membuatkan kerajaan untuk terlalu awal mendabik dada.

“Rundingan MA63 sentiasa dekat di hati kita dalam Kerajaan GPS”, katanya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.