DUN Sarawak : Rekod bersih tadbir kewangan 19 tahun berturut – turut

Spread the love

KUCHING, 26 Mei : Kerajaan Sarawak akan mengekalkan amalan tadbir urus baik untuk mengekalkan kedudukan kewangan negeri yang kukuh.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pada penghujung 2020, Sarawak sekali lagi menerima laporan kewangan yang bersih.

Katanya, Sarawak telah mencatatkan rekod bersih selama 19 tahun berturut-turut untuk penyata kewangan negeri.

“Ini menjadi bukti jelas tadbir urus baik yang diamalkan Sarawak.

“Kita berhemat dalam menguruskan hal ehwal kewangan negeri,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Justeru, Douglas Uggah yang juga Menteri Kewangan Kedua memberi jaminan bahawa Kementerian Kewangan Sarawak akan terus memastikan pengurusan yang baik melalui penggunaan amalan terbaik antarabangsa selain memanfaatkan teknologi digital.

“Ini juga akan disertakan dengan usaha memperkukuhkan profesionalisme dan kecekapan di kalangan pegawai kita,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.