PATI miliki senjata buatan sendiri ditahan

Spread the love

TAWAU, 25 Mei : Seorang lelaki warga asing ditahan selepas memiliki bekakok di Kampung Sungai Imam, Tawau, Sabah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan pada pukul 3.10 petang Isnin selepas polis menyerbu sebuah rumah.

Katanya, suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri namun berjaya ditahan setelah berlaku pergelutan.

“Polis berjaya menemui selaras senjata buatan sendiri itu dalam rumah tersebut.

“Suspek sebelum itu bertindak nekad membawa senjata berkenaan ke rumah jirannya iaitu seorang lelaki berumur 45 tahun selepas marah dan salah faham kerana telah ditegur,”katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Siasatan awal katanya, mendapati suspek masuk dan tinggal di Malaysia tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/62.- TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.