DUN Sarawak : KKM salur RM2.3 bilion kepada Jabatan Kesihatan Sarawak

Spread the love

KUCHING, 25 Mei : Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak diberitahu Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah menerima dana sebanyak RM2.13 bilion untuk kos operasi daripada daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, setakat 30 April lepas, pihak berkuasa kesihatan negeri ini juga telah menerima RM311.39 juta untuk dana pembangunan meliputi pelbagai sudut perkhidmatan kesihatan.

Katanya, peruntukan yang diberikan itu juga digunakan untuk kerja menaik taraf fasiliti kesihatan di hospital dan klinik sokongan selain pembelian peralatan perubatan serta pembangunan modal insan.

“Untuk maklumat sidang DUN juga, ketika ini terdapat seramai 26 208 petugas kesihatan yang sedang berkhidmat di Sarawak,”katanya di sini hari ini.

Sementara itu, berkenaan status pembinaan hospital dan klinik yang telah dijalankan sejak Disember 2021 hingga April 2022, beliau memberitahu, pembinaan Hospital Petra Jaya telah mencapai kemajuan sebanyak 44 peratus.

“Mengikut jadual, projek itu dijangka siap pada March 2024,”katanya.

Sebelum ini, Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof mengesahkan, projek hospital berkenaan merupakan antara 15 projek ‘sakit’ di Sarawak dan Sabah berpunca kelewatan pembinaan yang gagal disiapkan mengikut jadual. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.