36 kes mangsa serangan buaya sejak 2015 hingga Mei 2022 – Bomba Sarawak

Spread the love

KUCHING, 25 Mei : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan terdapat 36 mangsa kes serangan buaya di negeri ini sejak 2015 hingga Mei 2022.

Pengarah JBPM Sarawak, Datu Khirudin Drahman berkata, bagi tempoh hampir lapan tahun termasuk separuh pertama tahun ini, kes tertinggi dilaporkan pada tahun lepas iaitu membabitkan sembilan mangsa.

Katanya, pada 2020 pula, pihaknya menerima lapan laporan kes mangsa diserang buaya.

“Kes tertinggi direkodkan di Bahagian Betong dengan sebanyak sembilan kes dan diikuti Miri dengan lapan kes,”katanya menerusi kenyataan media.

Beliau turut memberitahu, empat kes dicatatkan di Kuching serta masing – masing di tiga di Samarahan dan Sibu.

Baca >>>  Kanak-kanak lelaki dibaham buaya ketika mengambil air di sungai

Baca >>>  Kakak trauma lihat adik diterkam buaya

Baca >>>  Mayat wanita disambar buaya ditemui tanpa tangan kiri

Pada tahun ini katanya tiga kes membabitkan seorang wanita berusia 43 tahun maut dibaham buaya di Batu Niah pada March serta diikuti dua kes pada bulan ini di Lundu dan Telaga Air. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.