RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2022 beri hak kawal selia spektrum kepada Sarawak

Spread the love

KUCHING, 24 Mei: Rang Undang Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2022 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru-baru ini, memberi hak kepada Sarawak untuk mengawal selia sumber spektrum di negeri ini.

Mnurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, hal ini membolehkan Sarawak merancang pembangunan sektor telekomunikasi dengan lebih efisien dengan menggunapakai jalur-jalur spektrum yang tidak digunapakai sepenuhnya.

“Ini akan mempercepatkan usaha untuk memperluaskan liputan telekomunikasi, seperti mobile broadband 2G & 4G, Fixed Wireless Broadband (FWB) dan perkhidmatan WIFI Hotspot di kawasan luar bandar,” katanya dalam ucapan penggulungan persidangan hari keenam, Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Pertama DUN Sarawak Ke-19 di sini hari ini.

“Hak ini juga penting bagi membolehkan Kerajaan Sarawak mengawal selia aktiviti-aktiviti komunikasi tanpa wayar (wireless communication) oleh entiti awam dan swasta dengan lebih efektif,” tambahnya.

Menurut Julaihi, Pelan Pengurusan Spektrum Sarawak yang bakal dirangka dan dilaksana kelak mampu mencapai objektifnya selain menangani isu keselamatan seperti pencemaran spektrum.

Menyentuh mengenai isu perhubungan di Sarawak, Julaihi yang juga merupakan ADUN Sebuyau berkata Teknologi Multi-Operator Core Network (MOCN) digunakan bagi mengatasi masalah tersebut.

“Multi-Operator Core Network (MOCN) merupakan teknologi yang membolehkan perkongsian peralatan pemancar serta spektrum boleh digunakan oleh pelbagai operator berlainan,” katanya.

PINDAAN RUU KANUN TANAH BERI HAK KAWAL SELIA SPEKTRUM KEPADA SARAWAK

Setakat ini 600 menara Baharu di bawah projek Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) dilengkapi teknologi MOCN.

Menara SMART di Luban Ulu, Betong adalah menara MOCN pertama di Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 2020.- TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.