Padah tunggang motosikal curi, remaja lelaki ditahan

Spread the love

SIBU, 24 Mei : Seorang remaja lelaki yang berkelakuan mencurigakan ditahan ketika menunggang motosikal sehingga membawa kepada penemuan sebuah motosikal yang dilaporkan hilang.

Remaja berusia 17 tahun terbabit ditahan oleh sepasukan polis yang sedang membuat rondaan penguatkuasaan trafik di Jalan Deshon dekat sini sekitar jam 9.20 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, hasil semakan melalui ‘Mobile Computerized Online Payment System’ (MCOP) mendapati nombor plat pendaftaran yang digunapakai pada motosikal jenis Yamaha 125ZR yang ditunggang remaja adalah didapati palsu.

“Hasil semakan pihak polis mendapati nombor plat pendaftaran yang digunapakai pada motosikal yang ditunggang suspek didaftar atas sebuah kenderaan jenis Toyota Estima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, semakan lanjut pihak polis mendapati nombor plat asal motosikal itu juga didapati pernah dilaporkan hilang pada awal tahun lepas.

Katanya, polis kemudian merampas motosikal itu dan suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Remaja lelaki itu telah direman selama empat hari sehingga 28 Mei ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Zulkipli turut menasihatkan orang ramai supaya memastikan motosikal diletakkan di tempat yang selamat dalam keadaan berkunci termasuk kunci tambahan bagi menggelakkan berlakunya kecurian.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.