Capaian 100% bekalan air Sarawak, peruntukan RM21.24 bilion diperlukan

Spread the love

KUCHING, 24 Mei : Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak memerlukan peruntukan sejumlah RM21.24 bilion bagi mencapai liputan penuh bekalan air negeri ini selaras sasaran Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Menterinya, Datuk Julaihi Narawi berkata, setakat ini liputan bekalan air keseluruhannya telah mencapai 83.6% di Sarawak.

“Ini meliputi 99% di kawasan bandar dan 66.9% di kawasan luar bandar. Kementerian juga melaksanakan Program Sarawak Alternative Water Supply (SAWAS), yang bertujuan untuk menyediakan bekalan air bersih dan selamat kepada masyarakat di kawasan terpencil di Sarawak.

Kawasan ini merupakan kawasan yang tidak dapat disambungkan dengan sistem bekalan air yang sedia ada dan sistem grid air akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan oleh Para Menteri pada hari keenam Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Untuk rekod, lima (5) buah pakej projek SAWAS telah siap dan membekalkan air bersih kepada 572 isi rumah di Bahagian Sri Aman, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

Dalam pada itu, di bawah program Projek Rakyat, Kementerian tersebut sedang melaksanakan 22 buah pakej SAWAS dengan anggaran kos sebanyak RM135 juta yang akan memanfaatkan 1,548 isi rumah.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.