DUN Sarawak : Transformasi Mahkamah Bumiputera Sarawak akan dilaksanakan pada 2023

Spread the love

KUCHING, 23 Mei : Kerajaan Sarawak sedang menjalankan kajian untuk menstruktur dan menaiktaraf Mahkamah Bumiputera Sarawak.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyat kajian tersebut dijalankan untuk menyediakan satu Pelan Induk untuk mentransformasikan Mahkamah Bumiputera Sarawak kepada satu institusi kehakiman yang bebas dan berautonomi seperti Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Tambahnya, setelah menerima laporan akhir dari konsultan dan kelulusan jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa pemandu, kerajaan akan membentangkan cadangan kepada kabinet negeri untuk pertimbangan dan kelulusan.

“Yang kedua, syor-syor yang melibatkan RUU berkaitan akan dibentang dalam DUN.

“Yang ketiga pelaksanaan transformasi Mahkamah Bumiputera Sarawak dijangka akan dilakukan oleh kerajaan pada tahun 2023,” katanya bagi menjawab soalan daripada ADUN Bukit Semuja John Ilus pada Persidangan Hari Kelima Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19, di sini hari ini.

TRANSFORMASI MAHKAMAH BUMIPUTERA SARAWAK DILAKSANAKAN 2023

Dalam pada itu katanya, cadangan untuk mewujudkan mahkamah baharu melibatkan Pusat Pejabat Mahkamah Sarawak dan Pusat Wilayah yang mana di Kuching, ia merangkumi bahagian Kuching, Samarahan dan Serian.

Manakala di Sibu pula merangkumi bahagian Sibu, Mukah dan Sarikei dan di Miri, merangkumi bahagian Miri dan Limbang.

“Dan B, penubuhan Pusat mahkamah majistret daerah betong dan Sri aman. Yang kedua, kapit, untuk daerah Kapit dan ketiga Bintulu untuk daerah Bintulu,” ujarnya – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.