Kolam renang Tawau mula dibuka Rabu ini

Spread the love

TAWAU, 23 Mei : Kemudahan kolam renang yang dibangunkan dengan kos sebanyak RM11 juta di Kompleks Sukan Tawau akan mula dibuka kepada orang awam bermula Rabu ini.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, pengurusan kolam renang berkenaan telah pun di serahkan sepenuh nya kepada Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSS) sebagai pihak yang akan bertanggunjawab mengurus takbir kolam renang berkenaan.

“Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) mengharapkan dengan adanya kolam renang ini mampu melahirkan atlet sukan renang pada masa akan datang,” katanya di sini.

Suryady bagaimanapun mengingatkan semua pengunjung kolam renang supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak LLS bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Difahamkan seramai tujuh pengawal terlatih disediakan untuk menjaga keselamatan pengunjung semasa melakukan aktiviti mandi di kolam renang tersebut. Kegagalan mematuhi peraturan yang ditetapkan, boleh mengakibatkan dilarang untuk mandi atau berada di kawasan kolam berkenaan,” katanya lagi.

Untuk rekod kolam renang di Kompleks Sukan Tawau itu siap sepenuhnya pada Disember tahun lepas dan pernah menjadi projek ‘sakit’ ekoran gagal disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.