40 cedera, 10 parah akibat puting beliung di Jerman

Spread the love

JERMAN, 22 Mei: Seorang lelaki terkorban akibat kejadian ribut kuat yang membadai beberapa bandar di negara ini, kelmarin.

Media tempatan melaporkan, seramai 40 orang turut cedera dengan sepuluh dalam keadaan parah.

Polis North Rhine-Westphalia berkata, majoriti mangsa yang terkesan berada di Paderborn ketika kejadian selain ribut turut menyebabkan kira-kira 150 000 orang tersangkut di laluan antara Frankfurt dengan Hamburg.

Pengangkutan kereta api turut terganggu di seluruh wilayah yang terjejas, lapor pihak berkuasa tempatan.

Begitupun kejadian ribut berkenaan ‘tidak disahkan segera’ oleh Perkhidmatan Cuaca Jerman walaupun polis telah mengeluarkan pengesahan berhubung bencana itu.

Sementara itu, menerusi video perkongsian oleh saksi, kelihatan tiupan angin kencang mematahkan pokok di Paderborn, North Rhine-Westphalia selain menyebabkan pokok tumbang menghempap kenderaan, lapor Reuters.

Kesan ribut kuat itu turut dirasai di bandar Lippstadt dan pihak berkuasa memberi amaran keadaan itu dijangka akan berlarutan.

Pakar meteorologi ketika mengulas kejadian cuaca ekstrem itu memberitahu, ia berlaku disebabkan oleh udara panas dari Afrika ‘bertemu’ udara lebih sejuk yang bergerak dari utara Eropah.  – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.