UTS bukti komitmen Sarawak perkasa pendidikan tinggi Bumiputera

Spread the love

KUCHING, 21 Mei : Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak akan memastikan pelajar Bumiputera negeri ini mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka.

Timbalan Menterinya, Dr. Annuar Rapaee berkata, ke arah itu , Universiti Teknologi Sarawak (UTS) yang dimiliki Kerajaan Sarawak telah menawarkan kurus asas secara percuma kepada kumpulan sasaran.

Katanya, ini bertepatan dengan matlamat penubuhan UTS untuk memanfaatkan rakyat Sarawak.

“Alhamdulilah, kerajaan negeri beri biasiswa sebanyak 50 peratus dan percuma bagi kursus asas di UTS ketika ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Sibu yang dihadiri kira – kira 600 orang di sini, hari ini.

Lebih 600 orang menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Sibu yang diadakan di Kuching, hari ini.

Dr. Annuar yang juga Pengerusi UTS berkata, setakat ini sebanyak 50 peratus pelajar yang mengikuti kursus asas di UTS merupakan pelajar Bumiputera.

Baca >>>  Biasiswa UTS untuk semua anak Sarawak – Dr. Annuar Rapaee

Baca >>>  Sarawak kini miliki universiti sendiri, pacu pendidikan tinggi negeri

Ditanya tentang operasi UTS pula, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, ketika ini universiti itu berdepan masalah kekurangan asrama untuk pelajar kursus asas.

“Bagaimanapun UTS akan memastikan masalah penginapan pelajar akan diatasi dengan segera,”katanya.

Berkenaan sambutan hari ini, Dr. Annuar berkata, penganjuran tahun lebih meriah selepas dua tahun tidak dapat dianjurkan berikutan pandemik COVID-19 dan beliau gembira dapat menghadiri majlis itu yang menyatukan masyarakat Sibu yang sudah lama menetap di Kuching. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.