Nelayan lemas ketika pasang pukat ketam

Spread the love

SEMPORNA, 21 Mei : Mayat seorang nelayan warga asing yang dikhuatiri hilang sejak pagi semalam ditemukan terapung di perairan Sungai Bulian, Pulau Pababaq, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, mayat lelaki berusia 47 tahun itu ditemukan pada jam 3.15 petang tadi.

Katanya, pemeriksaan pada mayat tidak menemui kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan jenayah.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu keluar bersendirian dari rumahnya kira-kira pukul 1.30 petang ke Pulau Pababaq untuk memasang pukat ketam bakau.

“Keluarga mangsa membuat laporan polis selepas mangsa tidak pulang ke rumah.

“Usaha pencarian yang dilakukan oleh mereka hanya menemui bot di kawasan mangsa sering memasang pukat pada pukul 10.30 pagi tadi,”katanya.

Mohd. Farhan berkata, usaha mencari mangsa telah dibuat bersama agensi penyelamat yang lain dan mayat mangsa dijumpai terapung kira kira 500 meter dari tempat bot pamnya dijumpai.

” Mayat telah di bawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.