OUM tawar peluang pengajian tinggi kepada anak Sarawak

Spread the love

KUCHING, 20 Mei : Open University Malaysia (OUM) menyasarkan untuk memperkasakan anak Sarawak di kawasan pedalaman dengan memberikan mereka peluang pendidikan tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Meteor, Muhammad Afiq Redzuan berkata, pihaknya kini sedang dalam perancangan untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi merealisasikan hasrat tersebut.

“Kami berharap kehadiran OUM di sini akan menjadi langkah permulaan bertemu Kerajaan Sarawak dan seterusnya berusaha memperkasakan universiti kami di Sarawak,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Hari Raya Kumpulan Meteor OUM Zon Sarawak di sini hari ini.

Ujar Muhammad Afiq, sekiranya kerjasama yang dirancang dapat direalisasikan, ia akan memberi manfaat kepada anak Sarawak untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi .

“Seterusnya ia dapat mengubah nasib mereka untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik di samping melihat lebih ramai anak Sarawak yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang,”katanya.

Menurutnya, OUM menawarkan pengajian peringkat diploma, ijazah dan Ijazah doktor falsafah atau PhD kepada bakal pelajarnya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.