DUN Sarawak : Sembilan projek atasi masalah tekanan air rendah di Sibu

Spread the love

KUCHING, 19 Mei : Sebanyak sembilan projek telah diluluskan bagi mengatasi masalah tekanan air rendah di Sibu setakat ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, projek yang diluluskan bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air di kawasan bandar dan luar bandar.

“Projek yang diutamakan adalah menaik taraf LPA Salim daripada 150JLH di bawah fasa ketiga yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM300 juta,”katanya.

Beliau berkata pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ketika menjawab pertanyaan Cheing Jin Ek (GPS -Bukit Assek) di sini hari ini.

Abdul Rahman menjelaskan, skop bagi projek berkenaan termasuklah pembinaan , pengambilan air mentah yang baharu serta pemasangan saluran paip ke Loji Rawatan Air Salim (WTP) sepanjang 22 kilometer (km).

Selain itu katanya, projek itu juga bertujuan untuk membaik pulih WTP Salim serta pemasangan paip sepanjang 6 km dari WTP Salim ke WTP Bukit Lima.

Abdul Rahman berkata, kajian yang dilakukan untuk projek tersebut telah siap.

“Pada masa ini, reka bentuk terperinci sedang dalam proses dan dijangka akan siap menjelang suku ketiga 2023 dan pembinaannya dianggarkan bermula pada awal 2024,”katanya.

Katanya, projek itu dijadual siap pada 2026. -TVS.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.