DUN Sarawak : Kerajaan rancang pembinaan terminal bas Kapit

Spread the love

KUCHING, 19 Mei: Kementerian Pengangkutan Sarawak sedang mengenal pasti tapak yang sesuai untuk membina terminal bas di bandar Kapit.

Timbalan Menteri Pengangkutan I, Datuk Dr. Jerip Susil berkata, ini kerana wujud keperluan terminal bas di bandar berkenaan selepas perkhidmatan bas ekspres awam dari Sibu ke Kapit mula beroperasi sejak 1 Januari 2022.

“Sehubungan itu, perbincangan lanjut di antara Majlis Daerah Kapit , Jabatan Tanah Dan Survei Bahagian Kapit dan Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian Kapit akan diadakan sebelum pemohonan tapak terminal bas ini dapat dikemukakan kepada Majlis Perancangan Negeri untuk pertimbangan dan kelulusan,”katanya.

Jeril Susil berkata demikian ketika menjawab soalan Wilson Nyabong Ijang (GPS – Pelagus) pada hari ketiga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan permohonan peruntukan untuk projek berkenaan akan dibuat di bawah Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12.

Jerip Susil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong berkata, kemudahan terminal bas itu kelak dijangka mampu menyediakan perkhidmatan bas yang efisen dan selesa kepada penduduk tempatan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.