Ahmad Ibrahim dilantik sebagai Senator Dewan Negara

Spread the love

KUCHING, 18 Mei: Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Datuk Ahmad Ibrahim hari ini dilantik sebagai Senator Dewan Negara bagi mewakili Sarawak.

Cadangan itu diusulkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Pencalonan berkenaan mendapat sokongan majoriti wakil rakyat DUN Sarawak dan disahkan oleh Speaker DUN,Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Terdahulu ketika mencadangkan nama calon itu, Abdul Karim berkata, beliau yakin Ahmad merupakan calon yang layak kerana mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang.

“Saya percaya beliau akan dapat menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Negara dengan baik,” katanya.

Ahmad sebelum ini bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk menjadi Exco Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) selama dua penggal.

Beliau juga merupakan Timbalan Ketua Cawangan SABERKAS Batu Kitang dan serta Exco Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.