Enggan vaksin, Korea Utara lawan COVID-19 dengan rawatan tradisional dan perubatan terhad

Spread the love

PYONGYANG, 17 Mei: Tanpa vaksinasi rasmi COVID-19, Korea Utara sedang memerangi wabak pertamanya dengan gabungan ubat tahan sakit dan antibiotik biasa, serta rawatan menggunakan bahan-bahan yang didapati di rumah seperti berkumur dengan air garam dan minum teh herba, lapor Reuters memetik laporan KRT.

Selain Eritrea, Korea Utara adalah satu daripada dua negara di dunia yang masih belum memulakan kempen vaksinasi, dan sehingga minggu lalu, menegaskan mereka bebas COVID-19.

Dalam temu bual di televisyen negara semalam, seorang pegawai kesihatan berkata negara telah beralih daripada sistem kuarantin kepada sistem rawatan untuk mengendalikan ratusan ribu kes harian yang disyaki “demam”.

Media kerajaan telah menggalakkan pesakit menggunakan ubat tahan sakit dan penghilang demam seperti parasetamol dan ibuprofen, dan antibiotik seperti amoksisilin, untuk merawat COVID-19 dan simptomnya.

Ia juga menggesa orang ramai untuk berkumur dengan air garam, atau minum teh honeysuckle (lonicera japonica) atau teh daun willow tiga kali sehari.

Sebelum ini, media kerajaan juga telah mencadangkan menggunakan akar burdock sebagai penawar sambil memperlekehkan vaksin sebagai “bukan penawar universal”. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.