Wei Ying sumbang tiga pingat buat Malaysia di Deaflympic ke-24

Spread the love

KUCHING, 15 Mei : Pemain badminton beregu wanita pekak negara, Boon Wei Ying menyumbangkan tiga pingat kepada Malaysia pada Deaflympic ke-24 di Caxias do Sul, Brazil.

Wei Ying sebelum ini hanya menyasarkan satu pingat namun berjaya meraih pingat emas dalam acara beregu badminton wanita pada Khamis lepas.

Baca > > > Beregu wanita badminton pekak tamatkan kemarau 21 tahun emas Sukan Deaflympic

Katanya, dia berasa amat teruja dan bangga kerana mendapat tiga pingat untuk mengharumkan nama Malaysia dalam acara badminton.

“Ketika acara berlangsung, saya memberikan yang terbaik untuk menewaskan lawan,”katanya.

Wei Ying berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Terdahulu, Wei Ying-Foo Zu Tung menamatkan kemarau 21 tahun Malaysia apabila meraih pingat emas acara berkenaan dalam aksi selama 48 minit yang penuh mendebarkan.

Pada final, gandingan emas Malaysia itu menundukkan beregu nombor satu dunia dari Taiwan, Fan Jung-yu-Shen Yan-ru dengan keputusan 21-17, 17-21, 21-15.

Kali terakhir Malaysia merangkul emas menerusi atlet lelaki olahraga pekak Zana Azizul Ujang dalam acara 110 meter lari berpagar di Sukan Deaflympic Rom, Itali pada 2001.

Sementara itu, Wei Ying turut menghadiahkan pingat perak menerusi gandingan bersama Edmund Teo Seng Keong bagi acara beregu campuran.

Gandingan tersebut berjaya menundukkan beregu India, Abhinav Sharma-Jevlin Jayaratchagan 14-21,7-21 pada perlawanan akhir.

Pingat ketiga iaitu gangsa diraih menerusi acara perseorangan wanita selepas pemain Jepun, mai Yakabe menarik diri akibat dijangkiti COVID-19.

Wanita kelahiran Melaka itu berharap kehadiran atlet pekak seperti dirinya dan atlet lain akan lebih disedari selepas ini. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live