Polis Sarawak diingatkan laksana tugas penuh integriti

Spread the love

LUBOK ANTU, 15 Mei : Anggota polis di Sarawak diingatkan agar melaksanakan tugas dengan penuh integriti untuk mengekalkan kepercayaan dan kesejahteraan masyarakat.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, beliau berharap agar anggotanya mengambil pengajaran daripada kes yang berlaku baru – baru ini yang telah memberikan persepsi tidak baik kepada badan beruniform itu.

“Baru-baru ini, kecoh kes anggota polis trafik pukul orang awam tepi jalan dan pegawai polis menyiarkan operasi dalam TikTok.

“Ini perkara yang tidak sepatutnya berlaku, kita seharusnya dapat membezakan waktu bertugas, jangan letakkan diri kita sebagai orang awam ketika bertugas,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, kelmarin.

Turut menyertai lawatan kerja itu ialah Pengerusi Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sarawak, Datin Nassariah Mohd. Nassir dan Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Gilberd Phillip Layang.

Rombangan itu disambut oleh Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan Victor Ripon dan isteri,Olive Suriavina Miret yang juga Pengerusi Perkep IPD Lubok Antu.

Ujar Mohd. Azman, sekiranya insiden seperti itu terus berlaku, anggota polis yang sedang bertugas akan menerima kecaman daripada netizen dan masyarakat umum.

Katanya, insiden itu mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak sepatutnya berlaku.

“Kalau orang tidak suka maknanya kita pun tidak suka,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live