Piala FA : JDT tunjukkan jalan keluar kepada Sarawak United

Spread the love

KUALA LUMPUR, 15 Mei : Gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), menepati ramalan melangkah mudah ke peringkat suku akhir saingan Piala FA selepas menumpaskan Sarawak United 3-0 semalam.

Pada aksi pusingan kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu, pemain JDT Fernando Forestieri menjadi watak penting apabila menjaringkan dua gol buat pasukan kendalian Benjamin Mora.

Babak pertama perlawanan, JDT membuka tirai jaringan pada minit keenam menerusi sepakan percuma pemain tengah Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

Penguasaan JDT diteruskan selepas Forestieri memutlakkan kemenangan pasukan menerusi jaringan pada minit ke-15 serta ke-43 perlawanan dan keputusan kekal sehingga wisel penamat ditiup.

Sri Pahang FC turut sama melangkah ke suku akhir selepas menumpaskan Skuad Projek FAM-MSN 3-0 dalam aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Pasukan tuan rumah membuka jaringan gol menerusi tandukan Mahmoud Za’tara selepas menerima hantaran Abdul Malik Ariff seawal minit keenam.

Za’tara sekali lagi menggegar gawang skuad Projek FAM-MSN dengan menanduk masuk bola hantaran Manuel Hidalgo pada minit ke-28.

Sri Pahang terus mengukuhkan kedudukan selepas tendangan kencang Shah Nizam Nadzir menembusi gawang pasukan lawan pada minit ke-89.

Pertembungan pasukan tercorot Liga Perdana, Perak FC serta Liga Super, Penang FC berkesudahan dengan keputusan 1-4 dalam aksi di Stadium Perak, Ipoh.

Gol Penang FC diperoleh menerusi Hilal El-Helwe pada minit kedua sebelum pemain Perak Muhammad Aiman Khairul Yusni tertampan gol sendiri pada minit ke-29 manakala Perak memperoleh gol tunggal pada minit ke-69 menerusi Muhammad Aqil Hilman Danial Roslan namun Penang menambah dua jaringan gol masing-masing pada masa kecederaan hasil jaringan Hilal dan Muhammad Adib Abdul Ra’op.

Satu lagi aksi pusingan kedua Piala FA, Melaka United turut mara ke suku akhir selepas menang tipis 2-1 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC dalam aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Gol Melaka United disumbang Sony Norde pada minit ke-11 serta Adriano Narcizo pada minit ke-55 sementara PJ City memperoleh gol menerusi jaringan Darren Lok pada minit ke-50. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live