Sukan SEA : Wanita besi Sarawak sumbang emas untuk Malaysia

Spread the love

KUCHING, 14 Mei : Jaguh baling tukul besi wanita negara, Grace Wong merampas kembali pingat emas acara berkenaan pada Sukan SEA ke-31 Vietnam sekaligus menghadiahkan emas ke-12 negara.

Lebih manis, atlet kelahiran Sarawak itu menumpaskan Mingkamon Koomphon dari Thailand yang mengecewakannya pada edisi 2019 di Manila.

Ketika Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, Grace turut mengunguli acara berkenaan.

Pada aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Nasional My Dinh hari ini, Grace, 22, menang bergaya apabila melakukan catatan 57.13 meter berbanding 50.28 meter oleh Mingkamon.

Bagaimanapun catatan itu masih jauh daripada rekod kebangsaan yang dipegangnya iaitu 62.48 meter.

Seorang lagi wakil Thailand, Panwat Gimsrang yang mencatatkan 49.64 meter terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live