Sarawak bakal gabung empat entiti pengurusan sumber air

Spread the love

KUCHING, 14 Mei : Sarawak akan menggabungkan empat entiti pengurusan sumber air di negeri ini sebagai satu entiti baharu tidak lama lagi, kata Datuk Julaihi Narawi.

Beliau yang juga Menteri Utiliti dan Telekomunikasi negeri berkata, empat entiti itu membabitkan Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB), Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

Pada peringkat ini katanya kementerian masih meneliti butiran akhir sebelum dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Setelah semuanya teratur perkara ini akan dibawa ke Kabinet Sarawak.

“Penggabungan ini bagi memastikan kecekapan pengurusan air Sarawak berada pada tahap terbaik untuk manfaat rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjurannya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Julaihi berkata, kewujudan satu entiti sahaja kelak diyakini akan meningkatkan kecekapan dan juga menyeragamkan keseluruhan pengurusannya.

“Oleh kita menyasarkan proses berkenaan dapat dilakukan pada tahun ini,”katanya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live