PM New Zealand positif COVID-19

Spread the love

WELLINGTON 14 Mei : Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern hari ini mengumumkan bahawa beliau telah disahkan positif COVID-19, lapor Xinhua.

“Walaupun saya sudah berusaha yang terbaik, malangnya, saya telah disahkan positif COVID-19 bersama ahli keluarga saya yang lain,” kata Arden dalam media sosial pagi tadi.

Ardern telah menjalani kuarantin di rumah bersama keluarganya sejak Ahad apabila tunangnya Clarke Gayford disahkan positif.

“Kami telah menjalani isolasi diri sejak Ahad apabila Clarke disahkan positif. Neve (anak perempuan Ardern) disahkan positif pada Rabu, dan saya didapati positif lemah malam tadi dan kekal positif pagi tadi,” kata Ardern.

“Kepada sesiapa sahaja di luar sana, mengasingkan atau menangani COVID, saya harap anda menjaga diri anda dengan baik,” tambah Ardern.

New Zealand merekodkan 7,441 kes komuniti baharu COVID-19, dengan 2,503 daripadanya dilaporkan di bandar terbesar Auckland, kata kementerian kesihatan pada Jumaat.

Sehingga kini, negara itu telah melaporkan 1,026,715 kes COVID-19 sejak permulaan wabak itu. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live