Kemalangan babitkan lima rentung: Pemandu treler dijangka didakwa Selasa

Spread the love

IPOH, 14 Mei : Kertas siasatan terhadap pemandu treler yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kemalangan sehingga mengorbankan lima nyawa di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar, Rabu lepas akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya Selasa ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar , Asisten Komisioner (ACP) Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan yang membabitkan pemandu treler berusia 28 tahun itu.

“Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada pagi Selasa dan jika tiada apa-apa masalah, kita akan buat pertuduhan di mahkamah pada sebelah petang,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Baca lagi > > > Lima rentung selepas kereta terbakar dalam kemalangan dengan dua treler

Baca lagi > > > Cita-cita ikut jejak ibu tidak kesampaian selepas pelajar rentung dalam kebakaran kereta

Baca lagi > > > Jenazah Ahmad Naim, mangsa kemalangan maut lima sekawan selamat dikebumi

Baca lagi > > > Tiga jenazah pelajar USAS disembahyangkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun

Beliau berkata polis juga akan memohon lanjutan tempoh reman ke atas lelaki berkenaan di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media sebelum ini melaporkan pemandu treler yang ditahan reman selama empat hari itu didapati mempunyai 22 saman trafik, dan daripada jumlah itu 21 saman telah dibayar, termasuk lapan saman berkaitan kesalahan memandu dengan laju.

Lima maut akibat rentung dalam kemalangan itu merupakan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang juga rakan serumah. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live