Jangan sabotaj PBB – Dr Juanda

Spread the love

BINTANGOR, 14 Mei : Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya menasihatkan ahli – ahli parti itu supaya tidak melakukan tindakan yang boleh melemahkan parti.

Juanda berkata, setiap ahli perlu mengingati bahawa tujuan utama mereka menyertai parti politik adalah kerana mahu berkhidmat kepada rakyat.

Sehubungan itu ujarnya, perkara negatif seperti mengkhianat atau melakukan sabotaj terhadap parti perlu dielakkan.

“Ini kerana penubuhan PBB berbeza dengan segelintir parti politik lain.

“Ada parti yang ditubuhkan kerana rasa tidak puas hati, bergaduh dan hal peribadi. PBB pula ditubuhkan berdasarkan matlamat yang besar iaitu berkhidmat untuk Sarawak,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali (TGM) PBB Cawangan Meradong di Dewan Dayang Bai di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Integriti dan Ombudsman) berkata, PBB mempunyai sejarah yang cukup besar kerana terbentuk daripada komuniti parti paling besar di Sarawak.

“Kerana itulah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas , kita menang 46 daripada 76 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),”katanya.

Sementara itu, Juanda turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abd Wahab yang terpilih sebagai Ketua Cawangan PBB Meradong. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live