Dua penyelesaian atasi masalah bekalan air kritikal di Dalat – Fatimah

Spread the love

KUCHING, 14 Mei : Dua kaedah dikenal pasti untuk mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi penduduk di beberapa buah kampung di Dalat.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bagi penyelesaian jangka pendek, paras air di Kolam Takungan Sungai Ud perlu diisi sehingga melepasi paras kritikal menggunakan pam air milik Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB).

Menerusi langkah itu Fatimah berkata, bekalan air mentah akan mencukupi untuk dipam ke loji rawatan air di Dalat.

“Ini akan menjadikan bekalan air terawat mencukupi untuk disalurkan ke rumah penduduk,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Kolam Takungan Air Sungai Ud dan Lebrasau Water Intake di sini semalam.

Lawatan berkenaan bertujuan mengenal pasti penyelesaian masalah tekanan air rendah yang dihadapi penduduk di situ.

Fatimah berkata, sejak Januari hingga 8 Mei lalu, penduduk Dalat berdepan masalah gangguan bekalan air sebanyak 22 kali.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, tangki air paras tinggi di Tegup yang baharu siap di bawah Projek Rakyat perlu diisi air dengan segera.

“Ini supaya bekalan air mencukupi dapat disalurkan ke lima buah kampung iaitu Medong Hulu, Medong Hilir, Medong Seberang, Kekan Proper, dan Kekan Seberang,”katanya.

Sementara itu, bagi penyelesaian jangka masa panjang pula, Fatimah berkata, tempat pengambilan air mentah harus dipindahkan sejauh 100 sehingga 150 meter ke arah hulu sungai dari tempat sedia ada untuk mengelak air bercampur tanah gambut ketika disedut.

“Saya juga menyarankan penggunaan bot ponton sebagai dasar pam untuk menangani masalah kelodak dan sekaligus memulihkan jangka hayat pam seperti yang telah dilakukan bagi kes air mentah Projek Rakyat Sungai Kut.

“Kapasiti di Kolam Takungan Air Sg Ud harus ditingkatkan dengan melebarkan dan mendalamkan lagi, di samping memasang geotekstil di bahagian tepi kolam,”katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang giat menyalur bekalan air botol ke kawasan-kawasan yang terputus bekalan air.

Setakat Jumaat, sebanyak 3,600 kotak air botol telah disalurkan ke 900 buah rumah di enam buah kampung.

Sebanyak 3,600 kotak air botol telah disalurkan ke 900 buah rumah di enam buah kampung

“Selain itu, sebuah badan bukan kerajaan iaitu 38 Yayasan Pencinta Amal turut membantu menyumbang sebanyak 6,000 kotak air botol yang akan disalurkan di tempat-tempat yang memerlukan,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live