Douglas Uggah tetamu kehormat Sambutan Hari Wesak 2022

Spread the love

KUCHING, 14 Mei : Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijadual menghadiri sambutan Hari Wesak Peringkat Sarawak, esok di Kuil Utama Persatuan Buddha Sarawak.

Menurut kenyataan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Jabatan Premier Sarawak, antara program utama yang akan diadakan bersempena sambutan berkenaan ialah kempen derma darah dan upacara memandikan Buddha.

“Sambutan ini dianjurkan dengan kerjasama Sarawak Unit For Other Religions Charitable Trust dan Malaysia Buddhist Association Sarawak Branch (MBASB),” jelas UNIFOR.

Turut dijemput ialah Sarawak Unit For Other Religions Charitable Trust Board of Trustees dan ketua institusi-institusi keagamaan lain.

“Jumlah tetamu jemputan juga dihadkan seramai 200 orang sahaja,” jelas kenyataan itu.

Pada masa sama, UNIFOR berharap sambutan berkenaan dapat memupuk tali persaudaraan dan menerapkan nilai tolak ansur, saling menghormati dalam kepelbagaian kaum dan agama. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live