Lebih 7,000 domino gergasi tumbang di pesta seni England

Spread the love

NORWICH, 14 Mei: Lebih 7,000 domino gergasi tumbang melintasi rumah, kedai dan pusat membeli-belah di sekitar bandar Norwich di timur England semalam, lapor Reuters.

“Arca bergerak” itu telah dipasang oleh lebih daripada 200 sukarelawan di sekitar bandar itu sebagai tanda permulaan Pesta Norfolk dan Norwich yang ke-250.

Domino gergasi tumbang semasa Pesta Norfolk dan Norwich, di Norwich, Britain
Kanak-kanak mengejar domino gergasi yang tumbang semasa Pesta Norfolk dan Norwich, di Norwich, Britain, semalam. Foto: Reuters

BBC melaporkan setiap konkrit domino adalah seberat 8 kilogram, manakala laluan domino sejauh 2.5 kilometer itu dianggarkan mengambil masa kira-kira setengah jam.

Artis Julian Maynard Smith berkata tujuan persembahan seni itu adalah supaya masyarakat setempat bersatu dan melihat persekitaran mereka dari pespektif baharu.

Pesta seni tahunan itu telah bermula sejak 1772. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live