27 maut kebakaran di New Delhi

Spread the love

NEW DELHI, 14 Mei : Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan ramai lagi cedera dalam satu kebakaran di sebuah bangunan empat tingkat di kawasan Mundka, barat New Delhi semalam.

Menurut polis New Delhi , seramai 50 orang diselamatkan dan lebih 30 anggota bomba dikerahkan untuk mengawal kebakaran.

Punca kebakaran yang bermula di aras satu itu masih belum dapat dipastikan namun seorang pegawai perbandaran mengesyaki ia berpunca akibat litar pintas. 

Insiden itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.40 petang dan operasi pasukan penyelamat diteruskan sehingga malam.

Puluhan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live