TLDM perlu tambahan kapal tempur di Sabah

Spread the love

SANDAKAN, 13 Mei : Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sabah memerlukan aset yang boleh digunakan untuk peperangan maritim sekiranya berlaku konflik.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali berkata, ini kerana aset sedia ada termasuk yang ditempatkan di Sandakan di bawah Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) sudah ‘usang’ kerana berusia lebih 40 tahun.

Katanya, meskipun TLDM mengamalkan budaya yang baik termasuk penyelenggaraan, pengubahsuaian dan menaiktaraf sistem hingga kapal-kapal itu masih boleh beroperasi hingga ke hari ini namun ia ‘tidak mencukupi’.

“Ini kerana TLDM memerlukan kos selenggara yang besar.

“Kapal-kapal ini adalah kapal peronda yang dahulu digunakan adalah untuk penguatkuasaan undang-undang.

” Apa yang kita kurang ketika ini adalah aset yang boleh digunakan untuk peperangan sekiranya berlaku konflik,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2) di Dewan Azim, Kompleks Perumahan TLDM Taman Samudera.

Majlis itu menyaksikan Laksamana Muda Dato Roslan Mohd Yunus menyerahkan tugas kepada Laksamana Pertama, Sazalee Shoib sebagai PANGWILLA 2 yang baharu.

Dalam soal peperangan katanya, setiap negara yang berdepan konflik berkenaan akan menggunakan aset terbaik untuk mempertahankan kedaulatan wilayah masing – masing.

Ketika ini katanya, TLDM sudah mempunyai kapal peronda yang mencukupi untuk menjalankan tugas sekunder TLDM tanpa henti namun masih kekurangan aset tempur.

“Ketika ini kita memiliki dua buah kapal selam yang berupaya dilibatkan sekiranya berlaku sebarang konflik,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live