Sukan SEA : Dua atlet bina badan Sarawak sumbang pingat

Spread the love

KUCHING, 13 Mei : Dua atlet bina badan berasal dari Sarawak hari ini menyumbang pingat perak dan gangsa kepada kontinjen Malaysia yang sedang beraksi pada Sukan SEA Ke-31 di Vietnam.

Azri Asmat Sefri, 29, yang membuat penampilan pertama pada pentas sukan dwi tahunan terbesar di Asia Tenggara itu membuat kejutan apabila meraih perak dalam kategori 55 kilogram (kg) pada hari pembukaan acara itu yang berlangsung di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi.

Emas acara itu menjadi milik wakil tuan rumah,  Mach Pam Van manakala Kyaw Min Than dari Myanmar membawa pulang gangsa.

Sementara itu, Dr Malvern Abdullah pula meraih pingat gangsa dalam kategori 65kg.

Sehingga pukul 8 malam tadi, Vietnam menguasai kedudukan teratas pungutan pingat dengan 22 emas, 13 perak dan 23 gangsa.

Malaysia mengekori di tempat kedua dengan meraih 11 emas, lima perak dan 13 gangsa. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live