Sarawak United ke Johor untuk menang – Nur Shamie

Spread the love

KUCHING, 13 Mei : Penyerang Sarawak United FC, Nur Shamie Iszuan menganggap aksi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai perlawanan yang penting kepada pasukannya untuk membuktikan kemampuan mereka dalam pusingan kedua Piala FA malam esok.

Pada masa sama, Nur Shamie berkata, dia mengakui skuad itu serba lengkap dengan memiliki barisan pemain bintang termasuklah penyerang import berbisa , Fernando Forestieri yang merupakan ‘ancaman terbesar’ kepada Sarawak United FC.

Namun demikian, jelas pemain berusia 27 tahun itu, dia dan rakan sepasukan ‘bertandang’ ke Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri bukan untuk mudah mengaku kalah sebaliknya akan menampilkan aksi terbaik mereka.

“Kami akan cuba buat yang melakukan yang terbaik kerana apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit perlawanan,”katanya dipetik portal MFL.

Dua hari lepas, bekas pemain skuad 23 negara itu memainkan watak penting ketika membantu Kenyalang Emas menumbangkan Tok Gajah di Kuantan.

Dia menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-55 yang menyaksikan Sarawak memungut tiga mata penuh di gelanggang lawan dalam kempen Liga Super.

Berkongsi mengenai tentangan yang bakal dihadapi pasukannya, Nur Shamie berkata, mereka pasti JDT akan menurunkan kesebelasan terbaik dalam memastikan slot suku akhir dalam genggaman.

“Namun kami juga lebih bersedia berdepan beberapa pemain import mereka,”katanya.

Pada sisi lain, dia berkata, kemampuan dimiliki Forestieri sebagai seorang penyerang yang berbahaya tidak harus dipertikai namun sekiranya keseluruhan barisan pemain Sarawak mempamerkan aksi terbaik masing – masing, tidak mustahil kemenangan mampu menjadi milik mereka.

Sarawak United FC mara ke pusingan kedua selepas membelasah Ultimate FC 7 – 0. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live