PRU15 : PKR masih belum kuat bertanding solo

Spread the love

KUALA PERLIS, 13 Mei : PKR masih belum mempunyai kekuatan untuk bertanding secara sendirian, atau bergerak solo tanpa sokongan parti-parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

“Jika kita tidak dapat kumpul kekuatan dan terpisah, parti akan hilang dukungan dan sokongan untuk memenangi kerusi dalam PRU15 akan datang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota PKR Perlis di Pusat Khidmat Rakyat  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dan ADUN Kuala Perlis, Nor Azam Karap.

Amirudin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor berkata gabungan Pakatan Harapan (PH) di Selangor sebelum ini turut didekati beberapa parti lain yang menyatakan sokongan dan ingin bersama-sama dalam PRU15 nanti.

“Namun saya perlu merujuk dahulu kepada pimpinan gabungan PH untuk melihat bagaimana kita harus susun strategi dan formula untuk kemenangan,” katanya.-TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.