MR DIY catat untung bersih RM100.50 juta suku pertama 2022

Spread the love

KUALA LUMPUR, 13 Mei : MR D.I.Y. Group (M) Bhd mencatat penurunan dalam keuntungan bersih kepada RM100.50 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 (S1TK22) daripada RM124.79 juta tahun lalu.

Hasil pula meningkat 4.0 peratus kepada RM905.16 juta daripada RM870.18 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu.

Syarikat itu mengaitkan prestasi tersebut disumbangkan dari kedai baharu, yang meningkat 20.2 peratus tahun ke tahun kepada 947 kedai pada S1TK22, terdiri daripada 841 kedai MR D.I.Y/D.I.Y. Express, 51 kedai MR TOY dan 55 kedai MR DOLLAR, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Rangkaiannya berkembang dengan 47 kedai merentas tiga jenamanya, yang terdiri daripada 44 kedai MR D.I.Y./D.I.Y. Express, dua kedai MR DOLLAR baharu dan satu kedai MR TOY baharu.

Kumpulan itu menyasarkan untuk membuka 133 lagi kedai merentasi semua jenama pada tahun ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutifnya Adrian Ong berkata gelombang keempat pandemik COVID-19 pada Februari 2022, dengan varian Omicron yang pantas merebak telah meningkatkan kadar jangkitan dan akibatnya ia mengurangkan trafik dan dan perbelanjaan pengguna.

Beberapa kedai MR D.I.Y. ditutup seketika untuk kerja-kerja sanitasi tetapi strategi pertumbuhan syarikat kekal “konsisten” yang merangkumi pengembangan rangkaian kedai yang disusun dengan teliti merentas semua jenama, memacu pertumbuhan jualan dari kedai yang sama, mengurus rantaian bekalan, meningkatkan kecekapan kos dan penggunaan disiplin data yang ketat.

Selaras dengan dasar kumpulan yang membayar dividen suku tahunan, MR D.I.Y. mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak RM0.007 sesaham biasa yang akan dibayar pada 24 Jun, 2022, berjumlah RM44.0 juta untuk S1TK22 mewakili nisbah pembayaran sebanyak 43.8 peratus. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live