JKR Sarawak nasihat pengguna berwaspada ekoran runtuhan batu di Pan Borneo Bukit Begunan

Spread the love

KUCHING, 13 Mei : Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menasihatkan orang ramai supaya berhati – hati ketika melalui Seksyen Bukit Begunan, projek Lebuhraya pan Borneo susulan kejadian runtuhan batu petang tadi.

JKR Sarawak menerusi kenyataan memaklumkan, kejadian itu berpunca akibat hujan lebat.

“Pihak Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) JKR Sarawak dan kontraktor terlibat kini berada di lokasi berkenaan bersama-sama dengan dua jentera jengkaut.

“Pasukan trafik juga telah ditempatkan di situ bagi mengawal lalu lintas.

“Pihak kami akan mengemaskini perkembangan semasa di lokasi kejadian,” jelas kenyataan berkenaan.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya berwaspada sewaktu memandu menghampiri kawasan berkenaan terutamanya dalam keadaan hujan dan permukaan jalan licin. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Live