Pub dan kelab malam mula beroperasi pada 14 Mei

Spread the love

KUCHING, 12 Mei : Pengoperasian pub dan kelab malam berlesen akan dibuka pada 14 Mei ini dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Menurut kenyataan Majlis Keselamatan Negara (MKN), waktu premis beroperasi adalah mengikut syarat lesen dan permit pihak berkuasa tempatan.

Antara SOP yang perlu dipatuhi semasa pengoperasian adalah pemeriksaan dan pendaftaran masuk MySejahtera dan membuka fungsi MySJ Trace apabila memasuki premis selain daripada memakai pelitup muka semasa dalam premis kecuali bila makan, minum dan menari.

Hanya pekerja dan pelanggan yang berisiko rendah sahaja dibenarkan memasuki premis.

Bagi ujian pengesanan COVID-19 pula, pelanggan perlu menjalani RTK-Ag Kendiri COVID-19 dengan penyeliaan oleh pengamal perubatan yang berdaftar bersama Majlis Perubatan Malaysia (MMC), sama ada secara fizikal ataupun secara maya, dalam tempoh 24 jam sebelum memasuki premis, atau pihak premis boleh menjalankan ujian RTK-AG Kendiri ke atas pelanggan sebelum mereka memasuki premis sekiranya pelanggan belum membuat ujian.

Sementara itu, pihak premis juga perlu bertanggungjawab memastikan premis, terutamanya di ruang tertutup, mempunyai sistem pengudaraan yang baik mengikut garis panduan pengudaraan dan kualiti udara dalaman daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.