Kami tunaikan janji – Pandelela

Spread the love

KUALA LUMPUR, 11 Mei : Sejurus melaksanakan janji ‘membimbing’ skuad terjun negara menyapu bersih kesemua lapan pingat emas yang ditawarkan dalam acara terjun, Dato Pandelela Rinong berkongsi pencapaian cemerlang itu menerusi sosial media.

Pandelela yang menang emas acara 10 meter platform seirama wanita bersama Nur Dhabitah Sabri petang tadi berkata, perjuangan mereka ‘tidak mudah’ walaupun dilabelkan sebagai pasukan pilihan.

” Saya sangat bangga dengan pasukan terjun negara.

“Kami tidak mungkin dapat melakukan ini (menang semua emas) tanpa semangat berpasukan,”katanya menerusi hantaran di Instagramnya hari ini.

Hari ini, Pandelela selaku ‘kapten’ bersama Nur Dhabitah memastikan penguasaan Malaysia sebagai kuasa utama terjun Asia Tenggara apabila menang emas dengan jauh meninggalkan pencabar terdekat mereka iaitu wakil Singapura.

Sebelum itu, Mohd. Syafiq Puteh turut cemerlang apabila membuat terjunan emas bagi acara tiga meter papan anjal lelaki.

Baca lagi > > > TERKINI : Dhabitah sumbang emas pertama Malaysia Sukan SEA Vietnam

Malaysia mengulangi prestasi 2019 apabila menang lapan pingat emas pada Sukan SEA Ke-31 di Vietnam.

Pandelela, pemenang perak dan gangsa Olimpik turut mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang memberi suntikan motivasi kepada mereka. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.