Sukan SEA : Terjun dijangka sumbang dua emas lagi hari ini

Spread the love

KUALA LUMPUR, 10 Mei : Skuad terjun negara dijangka mampu untuk menyumbang tambahan dua pingat emas kepada kontinjen Malaysia hari ini apabila saingan acara berkenaan bersambung petang ini.

Selepas menjadi tumpuan di Pusat Sukan Air My Dinh apabila menyapu bersih kesemua empat emas ditawarkan setakat ini, penerjun – penerjun Malaysia dijangka akan terus mendominasi kolam renang hari ini.

Baca lagi > > > TERKINI : Dhabitah sumbang emas pertama Malaysia Sukan SEA Vietnam

Baca lagi > > > TERKINI : Lagi emas untuk Malaysia menerusi acara terjun

Baca lagi > > > Sukan SEA: Tze Liang butir emas ketiga negara

Baca lagi > > > Sukan SEA: Ng Yan Yee-Ong Ker Ying sumbang pingat emas keempat negara

Sandaran utama terarah kepada Ng Yan Yee dan Ong Ker Ying yang akan turut bagi acara tiga meter papan anjal individu wanita yang dijadual bermula pada pukul 4 petang ini.

Semalam, gandingan itu menghadiahkan emas keempat negara menerusi acara terjun seirama dan dijangkakan kedua -duanya akan bersaing sesama sendiri untuk perebutan pingat emas individu hari ini.

Turut menjadi sandaran Malaysia ialah gandingan Jellson Jabillin dan Hanis Nazirul Jayasurya yang akan beraksi dalam acara 10 meter platform seirama lelaki pada pukul 5.45 petang ini.

Skuad terjun negara menyasarkan untuk menyapu bersih lapan pingat emas yang dipertandingan pada temasya ini sekaligus mengulangi pencapaian 2019 di Filipina. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.