Sarawak teroka bahan api penerbangan mampan

Spread the love

ROTTERDAM, 9 Mei: Sarawak kini dalam usaha meneroka penggunaan bahan api mampan untuk kegunaan industri penerbangan, menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, usaha berkenaan adalah untuk menghasilkan bahan api jet yang mampan untuk mengurangkan pengeluaran karbon melebihi 80 peratus.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Persidangan Hidrogen Dunia (WHS) 2022 di Rotterdam, Belanda.

“Alternatif bahan api seperti bahan api penerbangan mampan (SAF) menyumbang kepada strategi pengurangan pengeluaran industri dan matlamat pelepasan ‘bersih sifar’,” katanya ketika berucap pada Persidangan Hidrogen Dunia (WHS) 2022 di Rotterdam, Belanda.

Tambahnya lagi, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) juga menjalinkan bekerjasama dengan Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC) dalam pembangunan bahan bakar bio, hidrogen hijau dan sel bahan api untuk penerbangan.

Malah, katanya Sarawak sememangnya bersedia untuk memanfaatkan potensi besar hidrogen bagi membina masa depan tenaga yang selamat, bersih dan berpatutan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.