TERKINI : Lagi emas untuk Malaysia menerusi acara terjun

Spread the love

KUALA LUMPUR, 8 Mei : Gandingan Chew Yi Wei dan Ooi Tze Liang ‘melemaskan’ wakil tuan rumah sekaligus menghadiahkan emas kedua buat Malaysia menerusi acara terjun Sukan Sea Ke-31 Vietnam hari ini.

Turun selaku pasangan pilihan dalam acara terjun tiga meter papan anjal seirama lelaki , Yi Wei dan Tze Liang melengkapkan enam terjunan dengan mengumpul 395.79 mata.

Catatan berkenaan sukar dicabar wakil tuan rumah, Nguyen Tung Duong-Phuong The Anh yang hanya mampu memungut 305.64 mata untuk pingat perak.

Acara berkenaan sedikit terganggu apabila berlaku masalah teknikal pada sistem markah elektronik di Pusat Akuatik My Dinh namun wakil negara itu tenang menyempurnakan terjunan mereka.

Terdahulu, Nur Dhabitah Sabri menghadirkan emas pertama negara pada temasya kali ini apabila meraih emas acara terjun satu meter papan anjal individu wanita.

Seorang lagi wakil negara, Kimberly Bong Qian Ping meraih pingat perak. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.