JPJ Sarawak akan ambil tindakan terhadap ‘lori kebal’ di Igan

Spread the love

KUCHING, 8 Mei : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadap lori sawit ‘kebal’ yang merosakkan harta awam di terminal perkhidmatan Feri Batang Igan dan kawasan sekitaranya.

Pengarahnya, Norizan Jili berkata, tindakan itu dilakukan kerana perbuatan berkenaan telah menyusahkan orang ramai yang mahu menggunakan perkhidmatan feri.

“Kita akan ke lokasi dan pantau dari semasa ke semasa dan juga membuat operasi khas di sana,” katanya kepada Bernama.

Baca >>>  Dr Juanda: Apakah lori-lori sawit ini kebal?

Beliau berkata demikian pada sidang media Laporan Operasi Hari Raya Aidilfitri 2020 Sarawak di Terminal Bas Kuching Sentral di sini hari ini yang dihadiri Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya meluahkan rasa kesal dan mahu tindakan tegas diambil terhadap pemandu lori tidak bertanggungjawab yang melanggar undang-undang apabila mereka menggunakan perkhidmatan feri di Feri Batang Igan dan sekitarnya.

Bahkan, katanya ada lori terlibat yang telah merosakkan bar penanda aras maksimum yang ditetapkan pada feri berkenaan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.