Bangunan “bina sendiri” di China runtuh, 53 maut

Spread the love

BEIJING, 6 Mei : Seramai 53 orang terkorban dalam kejadian bangunan runtuh di bandar Changsha, China pada Jumaat lepas, lapor Reuters yang memetik China Central Televisyen (CCTV) hari ini.

Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 10 orang dari bangunan lapan tingkat yang ‘dibina sendiri’ itu.

Setakat ini pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian pada 29 April lepas di mana sembilan orang ditahan untuk membantu siasatan.

Sebelum ini, pada 1 Mei lepas, Polis Changsha memaklumkan, lima individu yang ditahan terlibat dalam pemeriksaan bangunan dan telah memberi laporan keselamatan palsu selepas memeriksa audit keselamatan bangunan hotel itu. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.