Pendaki sesak nafas, diusung turun dari Gunung Kinabalu

Spread the love

RANAU, Sabah 5 Mei: Seorang pendaki lelaki berusia 52 tahun diselamatkan oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) selepas mengadu sesak nafas di Kilometer 5.3 Gunung Kinabalu, di sini, semalam (Rabu).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, dalam kenyataannya menyebut, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2.15 petang.

Susulan laporan itu, sepasukan enam anggota MOSAR dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, yang dibantu oleh anggota Taman-Taman Sabah dan tiga malim gunung, bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba pasukan menyelamat memberi rawatan awal kepada mangsa yang mengalami sesak nafas (altitude mountain sickness) dan seterusnya mangsa dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung Robinson stretcher,” katanya.

Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan tidak memerlukan bantuan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM.

Operasi ditamatkan pada jam 8.20 malam . – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.